Friday, June 24, 2011

TGIF with love


Hai selamat malam. Syukur it is Friday and been waiting for this moment every Monday. Alhamdulilah. Boleh rehat. Lepas segala beban kerja. Memang tuhan sajalah tahu dugaan bulan June ni. Ok jom update :

  • Actually sedar tak sedar lately sebelum tidur, mesti keluar air mata. Banyak sangat benda dalam otak. In fact i am stress. And semalam, bila tunang call nak wish good night, serta merta je menangis teresak-esak macam budak kecik. Syukurnya, lepas cerita dengan dia, rasa lega dan boleh tidur. Dia suggest tukar jabatan or tukar kerja kalau tak tahan. Tapi i said i will bertahan lah dulu. InsyaAllah. Mungkin time ni je kot all depression.*thanks awak*. (rupanya my rumate dengar pulak my cries even dah cover bawah bantal.hiks.malu.)

  • Ini pula ragam manusia. Before i write further, nak say sorry if this entry akan menyinggung perasaan sesiapa. Ini sekadar  my personal thoughts. OK. Sometime i love to observe people with their unique characteristic. Biasalah kan, people are varies dengan diaorang punya pendapat, words. Ada yang kita suka, ada yang sebaliknya. Tapi for me, kita tak ada hak untuk menunjukkan rasa tak suka atau benci bila orang yang hampir dengan kita buat atau suka dengan perkara yang dia suka. Hormatilah dia. Bukan susah pun kan. Tapi ada sesetengah hamba Allah ni, tak tahulah nak cakap apa. Kadang-kadang bila kita berbalas balik pun tak guna, lagi menambah sakit hati dan buat dia nampak lagi ego je. Jadi penyelesaian terbaik ialah kita diam dan senyum. Itu cara aku. Tak bermakna dia menang kalau kita diam. Malah dia mungkin akan malu sendiri nanti. 

a)  Contoh I : Ada hamba Allah ni sedang makan dengan kawan-kawan dia. Dia sedang mengandung  pulak tu. Ada ke patut, dia bagitahu kawan yang lain yang dia tak suka apa yang kawan dia tu sedang makan. Dia kata "Aku tak suka makan sotong yang orang tak potong nipis-nipis macam cincin tu. Aku rasa sotong tu tak bersih.". OK. Pastu kawan yang lagi seorang pun sambung "Saya pun, saya tak reti makan sotong macamtu". OK, nak tahu jugak apalah perasaan orang yang sedang makan sotong tu. Bila tengok dalam sotong tu, bersih je. Tulang sotong pun tak ada. Bukan dia bodoh sangat nak makan sotong yang tak bersih kan. Aku dengan kawan lagi seorang diam je. Dah biasa dengan mulut si sahabat yang sedang pregnant dan yang menyokong statement dia tadi tu.  

OK. Message aku kat sini : Tak perlu kot cakap macam tu. Kenapalah ada certain orang tak reti nak        menghormati orang lain kan. Bila makan sotong tu pun, bukan kacau orang lain pun. Dia beli dengan duit dia sendiri, dia makan sendiri dan even the content will go to her own digestion system. Tak kacau orang lain langsung. Huhu. Manusia..manusia...suka fikir dia sahaja betul. Sudahlah sedang mengandung. Kenapalah mulut tu tak letak insuran. Sabar sahajalah. Learn too how respect people lah. Haish.

b)  Contoh II :   See below conversation.

A : Family saya suruh saya tak heboh-hebohkan pasal majlis tunang sebab memang berniat nak buat kecil-kecilan je only family terdekat. Lagipun tunang je. Tak perlulah beria sangat. 

B : Sekurang-kurangnya jemputlah, untuk menunjukkan kita ada budi bahasa.

C : Betul tu, nak datang ke tak lain cerita. Tapi jemputlah sekadar untuk bagitahu dan tunjuk kat orang kita ni ada budi bahasa. Lepas tu diaorang nak datang ke tak, suka hatilah.

A: Diam dan senyum je. (Owh lupa, ko je yang betul..kan?)

OK. Message aku kat sini : Kan dah cakap setiap orang ada cara masing-masing. Kenapa sesetengah hamba Allah tak reti menghormati orang lain. Huhu tak faham aku. Dah itu permintaan family dia, lagi nak bising-bising. Habistu, kalau tunang dan buat secara kecil-kecilan, dan hanya jemput family terdekat atas permintaan keluarga, maknanya tak ada budi bahasalah? Haha soo funny. Aku tak tahulah apa pulak pendapat korang. Tapi aku nak bagitahu satu rahsia kat sini. Si A tu aku lah. Hehe.

p/s pedas = Orang tak berpelajaran tinggi ni memang susah nak hormati orang lain ke. Astaghfirullah...




Photobucket

1 comment:

TiNie said...

mmg wujud orang mcm ni wawa..x pernah pun pikir perasaan org lain bila mula bukak mulut..org panggil "mulut puaka"..hehehe..org panggil bukan sy yg panggil..

kdg2 bila berdepan ngan orang mcm ni, sy cuma berharap hukum karma akan buat dia insaf dan hati2 bila berkata2.

p/s: dah la preknen kan? mulut tu x penah nak hati2 bila cakap..nnt kena sumpah anak kenan nnt baru tahu..