Monday, June 10, 2013

Cikton & Bell

Welcome on board. Cikton & Bell.

Haah aku bagi nama.

Sebab tu syarat aku kasi laki kalo dia nak bela kitten.

Sejak bila pulak aku suka benda bulu2. Ade kuku lak tu. Misai lak tu. Seghiauu.

Sedangkan bila sedang menyapu kalo bulu penyapu terkena kaki pun aku dah menjerit. Terkinja-kinja tak payahlah nak cakap.

Ini pulak haiwan berbulu. Sungguh aku geli dan tak biasa.

Tapi demi hubby yang dah suka sangat dengan kucing ni sejak azali. Aku setujukan saja.

Dan aku sedang belajar nak peegang kucing. Setakat ini pegang dah berjaya. Tu pun xlebih 1 minit.

Maju sungguh!

Lagi2 yang si hitam tu, manje sangat: nampak aku je nak panjat aku. Aku pulak marah dia sebab aku takut dengan kuku kecik dia. Haha

Dasar penakut.

Welcome on board you two. Peneman aku sementara menanti cahaya mata.

Peneman suami aku yang suka sangat manjakan korang.

Semoga kalian menghiburkan kami.

Bulu gebu dan jalan kengkang dengan ekor pacak ke atas. Comel!

Note : All the way from Perlis. :)

Hewhew

No comments: