Friday, July 25, 2014

Nak lempang aje

Biasalah aku. Cuma mencari blog untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin di saat hati aku susah gelisah mundar mandir bimbang tak bertempat. Atau yang lebih pasti tempat mengadu seperti tidak berfungsi sepenuhnya atas sebab yang lantaklah-aku-malas-nak-cerita.

Sebelum aku mulakan cerita aku, aku nak berpesan kepada sesiapa sahaja yang bernama sahabat atau kawan kepada sesiapa pun. Apabila kawan kau contohnya yang bernama cik siti mengadu tentang masalahnya tentang sesuatu maka hendaklah kau jadi pendengar yang baik dan kalau kau mempunyai bakat dalam kategori sekurang-kurangnya kau boleh memberi pandangan atau kata-kata yang menenangkan cik siti maka berbuatlah demikian. Jika tidak ada pada kau bakat tersebut maka cukuplah sekadar menjadi pendengar yang baik. Cik siti pastinya menghargai. Tidak perlu kau melontarkan pandangan atau kata-kata yang kurang bijak yang pastinya berlawanan dengan tujuan cik siti mengadu pada kau. Jika kau rasa kurang faham tentang maksud aku disini atau dengan kata lain sel-sel otak kau belum berhubung sepenuhnya untuk mencernakan apa aku cuba sampaikan ini bolehlah sekiranya aku memberikan contoh seekor dua.

Cik siti : Aku rasa aku dan laki macam selalu tak sependapat tentang blablablablabla-kau-namakan-sendiri. So aku macam stresslah. Sobs

Kau : Oh yeke. Kalo aku dan lakiku tak jadi benda macamtu. Kitaorang blablablabla-puji-laki-sendiri-dengan-bangganya.

Rasanya cukuplah contoh aku disitu. Semoga sel-sel otak kau berhubung. Kau rasa apa yang ko bagitahu cik siti macamtu membantu dia tak? Kau rasa by complimenting yourself beri pekdah tak dekat cik siti? Kau rasa itu ke benda yang cik siti nak dengar masa dia sedang stress. Kau rasa? Lantaklah kau nak rasa apa. Aku nak bagitahu apa yang aku rasa. Aku rasa by saying that kau tak menjawab soalan atau aduan cik siti. Kalaupun betul keadaan kau berbeza dan kontras dengan cik siti dan kau macam 'bangga-siot' dengan apa yang kau ada, tolonglah. Simpankan dulu unless itu cik siti nak kau share. Berikan pandangan atau kata-kata yang kalau boleh dapat tenangkan stress dia. Atau paling kurang pun - sabarlah sayang. Ops. Banyaklah kau punya sayang. I mean - sabarlah cik siti. Atau kalau kau rasa kau ada bakat lebih sikit untuk tenangkan hati cik siti contohnya "Oh yeke. Alahai cian ko. Cuba ko try blablablabla-macam-kau-expert-gila-dan-concern-sgt" Kan bagus macamtu.

Ok itulah nasihat aku dua posen yang mampu aku belanjakan hari ini. Menyentuh perihal asal karangan aku hari ini jiwa aku kacau sebab yang paling besar ialah anak aku macam tak berapa sihat lepas kena jab pagi tadi. After jab tu dia ok sengih senyum berak susu semua tapi end up menangis yang macam aku-pon-tak-faham apa yang cuba disampaikannya. Aku harap sangat aku boleh cakao dekat dia "English please" masa dia melalak yang serba tak kena tu. Tapi namapun baby. Tak payah nak English sangat lah. Lempang kang. Haha. Betul lah tu emosi aku pum unstable at this moment. Nak lempang ajew rasewnyew. Haha.

Dekat sejam dia menangis macam kesakitan. Aku dah macam carca marba sebab tak pernah tengok dia nangis sebegitu ghupe last time 2 kalo jab. Haruslah aku cuak nak mampos kan. Nak tercabut jantung aku, normal lah mak-mak rasa macamni rasanya. Aku nak bagi direct feed pun dia tak mahu. Dahlah tak standby thaw EBM sebab aku budget kononnya bila asyik melekat di hari minggu aku nak bagi dia yang fresh dari ladang gitu sedangkan aku tahu dia memang payah sikit nak direct sebab lagi prefer through botol. So berlari-lari aku cairkan EBM dan panaskan sebelum dengan lajunya dia minum macam tak ada pulse break langsung. Kenapa dahaga naw. Pastu bila habis 3oz dia sambung nangis sebab tak puas maka aku berlari lagi buat 2nd bottle warm EBM lepastu dia nangis je. See, serba tak kena. Aku dah buka baju dia semua. Dah check pampes dah check perut pun tak kembung. Semua ok. Dah letak minyak angin kot-kot kembung ke. Tapi tak menjadi. Aku pasang tv cerita kartun spongebob with high volume baru dia diam sekejap sebab dia memang attracted benda yang colorful dan make some sound. Lepastu sambung balik menangisnya ya rabbi aku rasa nak pergi hospital je tanya doctor apa yang tak kena dan minta sesuatu yang boleh ajaibnya-hentikan-dia-menangis-termasuklah-cadangan-doctor-untuk-aku-jadi-clown-to-make-her-stop-crying.
Bila keadaan macamtu memang senang hilang pertimbangan. Senang marah. Stress. Risau melampau. Serba tak kena.  
Tambahan lagi bila kau dan partner kau tak sependapat how to handle you crying baby. Oh boy. 

About an hour macamtu aku dah tak tau nak watpa so do my laki. Aku suruh anak aku baring lepastu kasi bedung sama dia dan terus aku sumbat puting faveretnya. Tetiba dia tak reject dah puting terus mata layu dan dia tidur. Ohmy Allah aku rasa lega sangat. Hmm maybe that was the effect taking 3 serangkai jab this morning. Oh jahatnya jab rasa nak lempang ja. 

Lepastu aku rasa aku pun sel otak baru nak berhubung untuk sediakan banyak fresh milk sebab itu saja yang aku boleh tolong dia untuk elakkan dia demam. Nak raya ni woi janganlah demam kalau tak meh sini kau demam aku lempang sebutir.

Lepastu aku baru ingat aku belum zohor lalu aku zohor dan termenangis aku minta tuhan sihatkan baby aku. Sebab itu pun satu cara aku nak tolong dia. Doa ibu kan mustajab. Aku kan ibu. Gitew. Lols.

So dengan rajin dan doa dan tawakal aku mengepam like no red light in traffic kumpul fresh milk kat baby aku tu. Sekarang dah 6 petang dah 2 jam dia tidur dan dah bangun balik pun dengan muka ceria seindah suria. Alhamdulillah at least dah tak macam tadi. But i believe tubuh dia masih ada potensi nak demam or still lemah. Semoga terus berjuang anakku. Dan ya tuhanku, jika ada pape sakit padanya tolonglah transfer atau bluetooth kepada aku. Aku rela tanggung 150 juta kali pun. Sesakit mana pun aku ia adalah much better daripada tengok dia sakit. Hebaknye perasaan seorang ibu, baru kau tahu. Terus rasa menyesal melawan cakap mak aku kecik-kecik dulu. 

Ok lah rasanya dah cukup pendek aku rumuskan karangan hari ini. Oke lah bai.

No comments: