Friday, January 17, 2014

Pergilah Sayang


Salam.

This entry has take me a lot of courage to write.

Entry ini dibuat khas untuk mengingati 'anak' kesayangan yang telah dipanggil penciptaNya pada 8th Januari yang lepas.

Entry ini untuk kesayangan kami, seekor kucing bernama Hachimot atau nama manjanya CikMot.

Sudah seminggu dia pergi, dia bawa hati kami bersama. Dia bawa pergi salah satu kegembiraan kami. Dia pergi bersama kasih sayang kami.

Dan sepanjang itu air mata aku tak pernah kering sampai hari ini. Setiap kali aku tengok gambar dia di phone, memang berbaldi-baldi air mata. Setiap kali itu jugak aku berdoa agar Allah kuatkan hati aku. Sebab aku tahu aku perlu redha atas takdirNya. Kehilangan ini sangat pedih untuk aku, husband dan adik2ku yang turut rapat dengan late cikmot ni.

Sedikit kronologi yang aku ringkaskan :

7hb Jan 2014, Selasa (malam) - Cikmot ada kat umah macam biasa. Manja macam biasa. Dia meow2 dan kacau aku tgk tv. Pastu suruh belai dia macam biasa. Pastu dtg tido atas pillow aku. Bertengek kat kepala aku sambil tangan pegang kepala aku. Dia memang macam tu. Manja bila ada time dia nak bermanja. Tak ada apa-apa weird sign pon. Tapi tak sangka tu kali terakhir aku bersama dia. Allah saja yang tahu. 

Malam tu jgk dalam midnight camtu aku nak tido dah dengan laki. Memang bunyi kat balkoni dapur cikmot melompat kuar. Biasa lah tu. Nanti baliklah tu sebelum pagi. Kadang2 lambat. Argh yang pasti mesti balik punya. Macam biasa. Aku sikit pun tak risau. Normal rasanya dia jalan2. Dan sebelum ni mmg dia akan balik sendiri. So aku tak ada hal tido malam tu. Siapa sangka itu kali terakhir aku dengar loceng leher dia. Allah saja yang tahu.

8hb Jan 2014, Rabu - Kira2 kul 4-5am aku terjaga pasal hubby demam kuat. Sampai mengerang2. Panas gila. Aku kalut sebab tu memang demam kuat. So aku siap2 bawa laki pergi hospital, admitkan  dia. Masa tu aku tak sempat fikir pasal cikmot. Aku amik emergency leave Rabu-Khamis jaga laki. Petang tu ada balik rumah dengan harapan cikmot dah balik umah. Tapi sangkaan meleset. Dia belum balik. Cikteh je ada dengan babies dia. Masa tu tak rasa pape lagi. Masih yakin dia akan balik. Bukan tak pernah dia macamtu. Lagipun masa tu masih penat jaga laki di hospital dan risau pasal laki yang dah positive influenza A.

9hb Jan 2014, Khamis - Pagi sebelum pergi hospital, cikmot belom balik. Aduh mula rasa risau. Masa ni aku dah start panggil dia kat balkoni dapur. Pastu balik dari hospital pun aku ada gak cari-cari kat bawah apartment. Hampa. Tak ada bunyi loceng pun. Aku tak mampu buat pape, mampu berdoa dan tawakal. Sebab masa tu aku mula rasa tak sedap badan sebab penat ulang alik hospital dan risau kat laki yang masih di hospital. Dahla aku pregnant kan, so memang penat dia lain macam sikit. Lagi2 ptg tu bila aku balik umah jap aku dpt tahu hubby whatsapp dia dah confirm H1N1. So niat aku nak pergi lawat dia sebelah ptg tak jadi sebab dia kena kuarantin. Dan aku yang buyong ni lagilah tak boleh nak masuk. Meraung aku kejap, memang masa tu aku lebih risau pasal laki. Pasal cikmot ye jugak. Tapi aku cuba fikir positive ja kan. Aku fikir ada org amik dia kot. Macam kes cikteh dulu. Hati aku masih ralat. Susah hati dengan laki. Badan penat. Mula rasa macam nak demam.

10hb - 12hb Jan 2014 - aku MC jumaat tu. Sebab rs nak demam and nak g check up skali. Memang ada tinjau2 sekeliling apartment cari cikmot. Risaunya ya Allah. Mampu berdoa ja masa tu. Adik aku teman aku selama werkend tu. Masa tu aku mcm dah tahap tawakal jugaklah. Dan memang berniat nak buat iklan dia bila masuk kerja isnin tu. Hubby pulak Alhamdulilah makin sihat dan xada masalah dengan antiviral semua. Syukur sangat. So dah boleh fokus cikmot dah. Lagi2 hubby ckp mungkin isnin dah boleh discharge. Syukur ya Allah.

13hb Jan 2014, Isnin - Aku masuk kerja. Buat iklan cikmot and start tampal kat kawasan apartment. Hubby dah balik umah hari ni. Selesai satu ujian, skg misi cari cikmot. Harap sangat dapat jumpa dia. 

14h Jan 2014, Selasa - Cuti Maulid Rasul. Aku start demam dengan sakit2 badan. Masih berdoa semoga ada berita tentang cikmot. Tawakal pun ada. Rindu sangat dah kat dia.

15hb Jan 2014, Rabu - Aku mc lagi sebab demam makin teruk. Sakit badan lagi teruk. Rindu pun makin parah. Hebat dugaan Allah. Sampai malam tu ada orang call hp aku. Aku pasang loud speaker dan suruh hubby yang cakap. Akhirnya tuhan kabulkan doa aku untuk mendengar berita tentang cikmot yang dirindui. Walaupun berita yang disampaikan oleh caller yang berstatus pakcik itu ibarat menikam-nikam jantung aku. Katanya dia ada nampak cikmot Rabu lepas, tapi dah xda, kena langgar. Direct. Aku terkedu. Hubby pun sama. Macam tak percaya. Maknanya dah hampir seminggu dia pergi mengadap Ilahi. Aku terus meraung dan dan tu jugak. Hubby pun sedih sangat tapi dia pujuk aku lah yang betul2 meraung masa tu. Pakcik tu kata dia nampak masa dia dalam kereta. Nampak cikmot yang dah tak bernyawa kat tepi jalan parking apartment. Dia cakap, cuba tanya giard atau cleaner kot2 ada tanam kat mana2. Tapi kami laki bini lepas terdengar perkataan 'tak ada' dan 'kena langgar' tu terus terkedu sampai tak tahu nak gambarkan macamana. Cukuplah at least kami tahu pengakhiranya. Aku yang sedang sakit demam tu rasa makin teruk pulak dengan hati sedih berkecamuk. Tak sangka dia dah pergi, ya Allah hebatNya dugaanMu. 

Jadi begitulah al kisahnya. Selepas nangis dan meraung banyak2 malam tu aku cakap ngan laki, patutlah masa awal2 dia hilang hari tu aku pernah mimpi cikmot. Dalam mimpi tu dia balik umah tapi senyap ja. Dia bukan kucing senyap camtu. Bising and manja kut. Balik umah ja panggil2 org suruh sambut dia. :'). Dan  yang magicnya hubby pun ada mimpi dia jugak tp aku tak tanya detailsnya. Mungkin dia tahu kami rindukan dia. Dan dia tak tahu macamna nak gtau kami dia dah selamat 'pergi'.

Aku dan laki jaga cikmot dan cikteh bagai menatang minyak yang penuh kot. Fully vaccined. Mandi2. Bersihkan daki kat telinga. Shampoo. Ubat kutu. Ubat cacing. Dan semua lah. Makan tak yah cakap. Pampered kucing aku ni tau. Jadi bila dia dikhabarkan 'kena langgar' tanpa aku sempat melihat died body nya aku sangat terkilan tak ada masa dia menggelupur kesakitan dan aku tak dapat bayangkan macamana injury dia. Yang tu aku terkilan sangat. Dia demam sikit pun tak senang duduk, apatah lagi nak alami injury macamtu. Mungkin ada betul kata-kata orang sesetengah kucing belaan ni dia akan pergi dan mati tanpa tuannya melihat dia mati. Dia mati masa hari first laki aku admitted. Dia tahu kot aku tengah susah hati masa tu. Kalo aku jumpa dia dalam keadaan mcmtu lagi la aku susah hati. MasyaAllah. Hebat aturanMu.

Aku tak salahkan sesiapa yang menyebabkan kematian dia. Mungkin sudah ajalnya. Lagipun aku sendiri tak pasti macamana cara pemergian dia. Accident yang macamana. Sebab selama ni aku tak risau dia keluar pun sebab dia agak lincah dan dia agak penakut dan mengelak kalo dia takut. Tapi kalau begitulah ajalnya yang telah tersurat, siapa kita nak soalkan. Sampai hari ini aku atau laki tak pergi tanya pun guard atau cleaner pasal mana kubur cikmot. Macam tak tergamak nak tanya. Kalau dia tak tanam, dan buang dalam tong sampah aku jugak yang makin meroyan. Kalau aku tahu kat mana tanam nanti mata ni jugak yang banjir hari-hari bila tengok. Aku dan laki dah cukup bersedih atas pemergiaannya. Kami redha dengan apa yang dah berlaku. Semua atas kehendakMu ya Allah.

Masa dia hilang aku berdoa kalau betul dia ada penjaga baru biarlah penjaga itu adalah lebih baik daripada kami, kami cuma mahu dia selamat. Tapi Allah itu Maha Mendengar. Dia tempatkan cikmot pada sebaik-baik jagaan walau bukan di bumi ini lagi. Pergilah sayang. 

Tiada lagi cikmot sayang yang selalu teman kami tengok tv. Selalu teman aku masak kat dapur, yang salu tunggu kami balik kerja. Tiada lagi kucing gemuk yang suka tidur sambil menongkat dagunya. Yang suka tunggu kami mandi di luar pintu toilet. Yang suka buat muka kesian bila tengok kami makan. Yang selalu berebut makanan dengan cikteh. Yang makan banyak gila sampai kami geleng2.  Yang salu tidur di bilik aku atas kerusi malas. Yang salu tidur bilik kecik atas tilam macam manusia. Yang salu tidur bilik tengah atas katil macam dia yang punya. Yang pantang nampak belalang atau anak lipas. Yang lincah berlari kadang2 perut lakiku yg comel pun dipijaknya sambil berlari-lari. Yang suka tangkap kaki org yang tengah berjalan bila rasa nak perhatian. Yang suka gigit orang tanda bergurau. Yang selalu kacau kami tidur sebab dia nak tidur sekali dengan kami, kadang2 siap share bantal kami, kadang2 tidur kat kaki kami bukan main bersimpul badannya yang gemuk tu. Yang keluar ikot balkoni pastu selalu balik umah ikot pintu utama sambil meow2 banyak kali suruh bukakan pintu untuk dia. Yang pantang nampak beg baju atas lantai mesti dia duduk kat dalam tu. Pantang nampak bakul mesti dia masuk dalam tu. Pantang nampak orang buka laptop mesti dia nak duduk atas key board. Thats my baby. :')

Ya Allah terima kasih atas pinjamanMu. Semoga aku dipertemukan lagi dengannya di suatu masa nanti.
InsyaAllah.

Buat cikmot, pergilah sayang. Semoga tenang disana. Maafkan mak atas segala kekurangan. Terima kasih for the joyful you have brought into our lives. We love you and you will remain our cikmot in our hearts. Love you and you know it. 

Sekarang aku dah 7months preggie. Agak terkilan baby tak sempat jumpa cikmot bila dia born nanti. Tapi InsyaAllah gambar cikmot merata-rata. Akan aku ajar dia menyayangi haiwan kesayangan nabi ini. Dan paling penting, baby ada kenangan dengan cikmot jugak. Pernah cikmot mengantuk lalu dia sandarkan kepala dia kat perut aku. Baru je dia tutup mata tiba2 baby tendang lalu kepala cikmot pun macam kena tendang sekali. Cikmot terjaga pastu lari. Hahaha yup dia agak penakut actually disebalik kemachoannya. :') InsyaAllah dengan izin tuhan akan kuceritakan itu pada baby sedikit masa nanti.

Pergilah sayang.


Salam rindu dari kami.


In memory of dearest cikmot.






No comments: