Tuesday, January 21, 2014

Shopping Barang Baby Part II

Oh hai. Actually lama duk peram entry ni. Due to macam-macam jadi, maka delay lah kau sampai hari ini.

Salah satu sebab is I just get recovered from demam-rindu-cikmot. Tak habis2 aku ni.

Dear cikmot sayang. Mak miss u and u always be my baby.

Ok back to topic. Aku nak gtau yang aku sekarang dah jadi mak buyong- warehouse-sales. 

Kesian aku. Baru expose pasal bestnya jualan gudang yang sangat super saving.

Last week aku pergi serbu warehouse sales beli barang baby. Aku terjumpa pasal ni kat website ape entah. Tapi ko gugel je la warehouse sales malaysia. Mesti keluar punya, kalo ko mak buyong macam aku agaknya terus ko paut lengan laki ajak pergi. Kihkih 




So shopping kali ni memang nawaitu nak beli baju bajan je. Benda yang aku duk tahan nafsu lama dah sejak preggy ni. So bila dapat yang murah macamni maunya aku berjam-jam kat sana sampai lupa aku ada kaki yang dah bengkak kalo berdiri lama. Lupa yang pinggang aku dah cepat sakit bila terbongkok-bongkok. Begitulah ajaibnya jualan murah. Gila. Dah baju RM5 to RM10 je 1 pair, takkan nak wat bodo tak beli kan. Tak dapat kot beli kat butik harga macamni. Oh ye, pasal brand actually biasa-biasa ja. Aku bukannya kaya pon nak beli baju Zara of Guess kat baby aku. Lagipun her first year akan berlalu cepat. Rugilah beli baju mahal-mahal sangat. Ada local brand Anakku, Disney, GAP Baby, Carters, H&M and few more. Tapi yang paling banyak Anakku la. OK la tuh kan. Yang aku beli pun 80% Anakku ja semua dari mitten, booties, top and bottom. Banyak gak lah shopping sebab baju budak kecik semua comel kot. Hehe. 

Oh kita orang susah nak, jangan sombong pakai baju-baju made in Malaysia je. Ibu akan ajar awak hidup susah walaupun kita mungkin mampu. Ibu akan ajar awak berusaha untuk dapat apa yang awak nak. Barulah manis hidup ni kan. Manis apabila kita dapat sesuatu daripada hasil usaha kita.:)

Masa kat Shamelin tu habis dalam RM216 beli baju bajan ng mittens booties. Masa kat Poney Warehouse habis dalam RM18 ja, tu pun abah kau yang beria pilih baju kau nak. Ibu masa tu dah demam dan baju kat Poney tak ada sangat size cinonet. So beli dalam 2 helai top ja. Masa kat Bandar Sunway tu habis dalam RM71 beli napkin and few mitten booties & baju bajan jugak. Alhamdulillah I think tak menyesal langsung shopping even total sume RM305 only for all fabrics. Rasanya dah cukup kot. Tinggal nak beli baju lubang-lubang brands Pureen atau Fiffy and nak beli romper sikit 3-4 helai. Tengoklah nanti masa expo kat mid valley nanti. InsyaAllah semoga Allah murahkan rezeki awak ye nak.

Ok la nak tempek gambo sikit buat tanda kenangan. Mana tahu nanti bila baby aku dah beso nak tengok. Tengok ni nak, punya sayang ibu and abah berabis duit hasil titik peluh demi anak tersayang. Gitew. So sila jadi anak yang baik dan berjasa suatu hari nanti ok.

P/s - Ni hasil tangkapan kat Shamelin je. Yang lain belum snap. Bolehlah tu :)


Disney Baby Bip - RM4 je sehelai.

Teka berapa harga asal jeans comel ni?

....................Tadaaa :) Tiba2 jadi RM10 je


Alhamdulillah. Syukur. Sekarang boleh fokus barang lain pulak dalam checklist.

No comments: